Tuesday, August 17, 2010

Thursday, July 15, 2010








kembali


PERINGKAT KALAH KELUAR


TARIKT






































































KUMPULAN A
PASUKANUSIMUniMAPUMJBMATAKED
USIM2-00-232
UniMAP0-20-203
UM2-02-061
JOHAN :UMNAIB JOHAN :USIM








































































KUMPULAN B
PASUKANUIAMUKMUTHMJBMATAKED
UIAM2-10-232
UKM1-20-203
UTHM2-02-061
JOHAN :UTHMNAIB JOHAN :UIAM







































































KUMPULAN C
PASUKANUNIMASUTMUSMJBMATAKED
UNIMAS0-22-132
UTM2-02-061
USM1-20-203
JOHAN :UTMNAIB JOHAN :UNIMAS


21 kontinjen bersaing





SEBANYAK 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia kali ke-35 (Sukum ke-35) yang dijadualkan berlangsung di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 16 hingga 26 Jun ini, lapor ZAKI SALLEH.

Daripada jumlah itu, 20 pasukan terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) manakala satu pasukan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Dianggarkan 3,000 pegawai dan atlet akan bersaing dalam 24 acara sukan termasuk olahraga bagi merebut 63 pingat emas di 13 venue pertandingan termasuk di Stadium Olahraga USM.

Selaku tuan rumah, USM menghantar kontinjen terbesar seramai 329 atlet dan pegawai bagi menyertai semua acara diikuti kontinjen dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seramai 275 orang.

USM menerusi Jawatankuasa Penyeliaan Atlet sejak Januari lalu giat mengadakan saringan dan latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan sukan yang disertai kaki- tangan akademik dan pengurusan itu.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Datuk Omar Osman, seramai 580 staf dan pelajar USM pula akan bertindak sebagai pembantu acara sepanjang kejohanan itu.

"USM gembira menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah kali ini dan memilih Lang Merah sebagai maskot kejohanan.

"Saya enggan meletak sasaran pingat. Bagaimanapun, saya optimis USM mampu mencipta kemenangan dalam acara yang disertai seterusnya membaiki kedudukan berbanding pada kejohanan lalu," ujarnya.

Omar memberitahu, Sukum ke-35 bakal menyajikan pelbagai acara termasuk bola sepak, futsal, badminton, hoki, bola jaring, sepak takraw, tenpin boling dan tarik tali.

Kelmarin, beliau menerima penyerahan cek tajaan daripada Siemens Healtcare Sdn. Bhd. dan Geliga Sistem Sdn. Bhd. bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Mengulas lanjut, Omar turut menjelaskan, buat julung kali- nya juga USM memperkenalkan tema Sukan Hijau (Green Game) pada edisi Sukum tahun ini bagi melestarikan kehijauan alam sekitar.

Jelas beliau, antaranya ialah dengan mengurangkan pembuangan botol minuman plastik serta melarang penggunaan bekas makanan polisterina, sebaliknya digantikan dengan bekas minuman yang boleh diguna semula.

"Dalam usaha mewujudkan kesedaran di kalangan atlet, kita galakkan pasukan yang bertanding bawa bekas air minuman serta cawan termasuklah pek makanan yang lebih mesra alam.

"Bagaimanapun, USM tidak menjadikan ia sebagai syarat pertandingan, sebaliknya kita fokuskan usaha Sukan Hijau menerusi kempen-kempen sepanjang kejohanan," ujarnya.

400 sertai Sukum

Oleh Anuar Asmadi

2010/06/11


SERAMAI 400 peserta yang mewakili Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak akan menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf IPTA (Sukum), di Universiti Sains Malaysia (USM) dari 16 hingga 26 Jun ini.
Sukum edisi ke-35 itu menawarkan 28 acara, termasuk lima sebagai pertunjukan. Acara itu ialah paintball lelaki dan wanita, senamrobik lelaki dan wanita dan beberapa acara khas untuk orang kurang upaya (OKU).


Penyelaras Urus Setia Sukum, Rodzuan Yahya, berkata kebanyakan acara berlangsung di kampus induk di Batu Uban, manakala futsal dan boling di luar kampus.


Acara dipertandingkan ialah bola sepak senior dan veteran, sepak takraw senior dan veteran, badminton campuran, bola jaring senior, tenis campuran, futsal lelaki senior dan veteran, futsal wanita, bola tampar lelaki dan wanita serta boling padang lelaki dan wanita.


Lain-lain acara ialah ping pong campuran, hoki lelaki, olahraga senior, wanita dan veteran, dart, karom, tarik tali lelaki, tenpin boling lelaki dan wanita.


“Sebagai tuan rumah, kami akan berusaha menyusun program sepanjang 11 hari supaya ia berjalan lancar,” katanya.


Menurutnya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, akan merasmikan karnival tahunan itu dalam upacara penuh warna-warni.


Rodzuan berkata, tahun ini burung helang dipilih maskot kejohanan sebagai lambang dan identiti USM. Katanya, spesis itu masih terdapat dalam kampus dan ia burung yang pintar, pantas dan gagah.


“Sebab itulah kami kaitkan burung jenis itu dengan kecemerlangan atlit yang akan mengharungi cabaran sepanjang kejohanan itu nanti,” katanya.


Untuk keterangan lanjut, hubungi Unit Sukan USM atau Rodzuan Yahya di talian 019-2696755.

3,500 atlit 20 IPTA sertai kejohanan berlangsung di USM


Sukan: Sukan staf universiti
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
bhvarsiti@bharian.com.my
2010/06/24




DZULKIFLI (kanan) beramah mesra dengan kontinjen universiti pada majlis perasmian SUKUM ke-35 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
DZULKIFLI (kanan) beramah mesra dengan kontinjen universiti pada majlis perasmian SUKUM ke-35 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
3,500 atlit 20 IPTA sertai kejohanan berlangsung di USM

SERAMAI 3,500 atlit menyertai Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-35 yang bertanding dalam 13 acara sukan selama 11 hari di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, berakhir Sabtu ini.
Atlit dari 20 institusi pengajian tinggi awam itu bersaing dalam pertandingan bola sepak, futsal, sepak takraw, bola jaring, tenis, hoki, bola tampar, boling padang, dart, karom, tarik tali dan bowling mulai 16 Jun hingga 26 Jun ini. Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, berkata SUKUM cukup penting kepada IPTA kerana ia menjadi landasan kepada kakitangan universiti untuk memperbaharui dan menjalin kerjasama di kalangan mereka.

“Semangat kesukanan perlu dipupuk di kalangan kakitangan kerana ia membantu membentuk cara hidup yang lebih sihat dengan masing-masing memberi tumpuan kepada sukan yang diminati.

“Penganjuran sukan ini akan menggalakkan lebih ramai warga universiti terbabit dengan kegiatan sukan dan riadah pada waktu lapang. Ini penting bagi mengurangkan pelbagai penyakit termasuk tekanan dan stres yang dialami kakitangan. Pada masa sama ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui pembabitan aktif dalam kegiatan sukan dan riadah” katanya ketika merasmikan SUKUM ke-35, di Stadium Olahraga, USM, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKUM, Prof Datuk Omar Osman dan Prof Asma Ismail.
Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghantar 180 atlit bagi menyertai 12 acara sukan termasuk bola sepak senior dan veteran, netball senior, tenis campuran, badminton campuran, olahraga lelaki dan wanita veteran, bowling lelaki dan wanita, tarik tali dan bola tampar.

Ketua kontinjennya, Datuk Ahmad Zailan Shaari, berharap pasukan UIAM berjaya membawa pulang banyak pingat dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan itu berlangsung.

”Saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta, walaupun sibuk dengan tugasan kerja di pejabat namun masing-masing tetap giat menjalankan latihan pada waktu petang.

”Kesungguhan seperti ini diharapkan tidak terhenti setakat di sini saja, tetapi akan berterusan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, juara bertahan SUKUM dua kali berturut-turut, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mahu mengekalkan kejuaraannya untuk kali ketiga tahun ini.

Ketua kontinjennya, Hirwan Jasbir Jaafar berkata, UniMAP mampu mengulangi kejayaan untuk bergelar juara berdasarkan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan atlit.

”Persiapan rapi termasuk mengadakan latihan berpusat khas di bawah bimbingan jurulatih bertauliah menambahkan lagi keyakinan kami untuk memenangi 22 acara yang disertai terutama bola sepak, olahraga, tenis dan sepak takraw.

”Kami menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 pingat emas dan harapan ini terletak di bahu semua 279 peserta kami yang sudah bersedia 100 peratus dari segi fizikal dan mental,” katanya.

Tuesday, July 29, 2008

Unimas Mission

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-33 telahpun melabuhkan tirainya. Pasukan Tarik Tali UTHM sekali lagi berada ditakuk lama pencapaiannya dengan mengekalkan Pingat Gangsa buat 4 tahun berturut-turut sejak 2005. Walaupun gagal mencapai sasaran Universiti untuk ke perlawanan akhir, namun gangsa yang dimenangi tetap menjadi pengubat duka.

Pasukan UTHM telah tewas kepada musuh tradisi (UIAM) pada peringkat separuh akhir pertandingan untuk bertemu UM pemenang pingat emas 2007 di penentuan tempat ketiga dan keempat. Manakala UIAM yang telepas 'takhta' kejuaraan kepada UM tahun lepas telah merampas kembali dengan menumpaskan UKM di perlawanan akhir.

Kami, Pasukan Tarik Tali UTHM berazam untuk mencipta kegemilangan tersendiri di kejohanan akan datang di Universiti Malaysia Terengganu 2009.


carta

Monday, December 24, 2007





Salah satu pemakanan tambahan tak kira menang atau kalah sebelum bertanding atau selepas (tolong baca dengan nada serius)

Tahniah diucapkan kepada pasukan Parit King yang muncul naib johan Pertandingan Tarik Tali Tanah Gambut, Pontian pada Ahad 9 September 2007. Pertandingan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Jaya Mulia, Pontian ini disertai oleh 9 buah pasukan seperti PARA SURECO, UTM, Air Manis dan beberapa pasukan tarik tali kawasan setempat. Pada perlawanan akhir, Parit King tewas kepada pasukan PARA SURECO untuk muncul naib juara manakala Air Manis muncul tempat ketiga. Turut menyertai Parit King adalah beberapa pemain dari Pasukan Tarik Tali UTHM.




Thursday, August 30, 2007

Dalam keratan akhbar.



Tak dapat dipertikaikan lagi... pehhh

Parit King ke-7 Keseluruhan Terbuka Muar


Pada Ahad 19 Ogos 2007 yang lalu, beberapa orang pemain tarik tali UTHM telah menyertai Kelab Tarik Tali Parit Raja atau lebih dikenali sebagai Parit King di Pertandingan Tarik Tali Terbuka Muar sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara. Pertandingan ini telah diadakan di Padang Sekolah Tinggi Muar. Pada pertandingan tersebut, Parit King telah menduduki tempat ke-7 keseluruhan daripada 15 pasukan bertanding selepas mengutip 9 mata hasil dari 3 kemenangan dan 4 kali tewas. Ia merupakan pencapaian terbaik Pasukan Parit King di pertandingan terbuka sejak ditubuhkan setahun yang lalu. Parit King menerima RM200.00 sebagai ganjaran pertandingan. Berikut adalah keputusan pertandingan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Johan : Tok Muda RM 2000.00
N/Johan : Majlis Perbandaran Klang RM 1000.00
Ketiga : West Port RM 750.00
Ke-4 : Budiman RM 400.00
Ke-5 : Panasonic Melaka RM 200.00
Ke-6 : Plus KL RM 200.00
Ke-7 : Parit King RM 200.00
Ke-8 : Penjara Spg Renggam RM 200.00

Friday, July 20, 2007

UKM TOW III Mission


Salah satu teknik menarik tali sambil posing untuk bergambar.......