
Pada Ahad 19 Ogos 2007 yang lalu, beberapa orang pemain tarik tali UTHM telah menyertai Kelab Tarik Tali Parit Raja atau lebih dikenali sebagai Parit King di Pertandingan Tarik Tali Terbuka Muar sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara. Pertandingan ini telah diadakan di Padang Sekolah Tinggi Muar. Pada pertandingan tersebut, Parit King telah menduduki tempat ke-7 keseluruhan daripada 15 pasukan bertanding selepas mengutip 9 mata hasil dari 3 kemenangan dan 4 kali tewas. Ia merupakan pencapaian terbaik Pasukan Parit King di pertandingan terbuka sejak ditubuhkan setahun yang lalu. Parit King menerima RM200.00 sebagai ganjaran pertandingan. Berikut adalah keputusan pertandingan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Johan : Tok Muda RM 2000.00
N/Johan : Majlis Perbandaran Klang RM 1000.00
Ketiga : West Port RM 750.00
Ke-4 : Budiman RM 400.00
Ke-5 : Panasonic Melaka RM 200.00
Ke-6 : Plus KL RM 200.00
Ke-7 : Parit King RM 200.00
Ke-8 : Penjara Spg Renggam RM 200.00