Monday, December 24, 2007





Salah satu pemakanan tambahan tak kira menang atau kalah sebelum bertanding atau selepas (tolong baca dengan nada serius)

Tahniah diucapkan kepada pasukan Parit King yang muncul naib johan Pertandingan Tarik Tali Tanah Gambut, Pontian pada Ahad 9 September 2007. Pertandingan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Jaya Mulia, Pontian ini disertai oleh 9 buah pasukan seperti PARA SURECO, UTM, Air Manis dan beberapa pasukan tarik tali kawasan setempat. Pada perlawanan akhir, Parit King tewas kepada pasukan PARA SURECO untuk muncul naib juara manakala Air Manis muncul tempat ketiga. Turut menyertai Parit King adalah beberapa pemain dari Pasukan Tarik Tali UTHM.