
TAHNIAH!!! diucapkan kepada kontinjen UTHM kerana menduduki tempat ke 7 keseluruhan pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia di UniMAP, Perlis pada 16-23 Jun 2007 yang lalu. Pingat emas tunggal kontinjen disumbangkan oleh pasukan tenping bowling lelaki manakala catur lelaki dan bowling padang lelaki masing-masing menyumbangkan pingat perak untuk UTHM. Sementara itu pasukan tarik tali turut tidak ketinggalan untuk menyumbangkan pingat kepada kontinjen UTHM dengan memenangi pingat gangsa. Skuad olahraga UTHM turut menyumbang 3 emas dan 2 gangsa daripada 49 acara olahraga yang dipertandingkan. Namun bilangan pingat tersebut tidak mencukupi untuk membantu menyumbang pingat secara keseluruhan acara olahraga. Walau bagaimanapun skuad olahraga UTHM harus berbangga kerana muncul pasukan ke 7 terbaik keseluruhan dalam jumlah pungutan pingat olahraga. Pingat Emas diperolehi melalui acara lompat jauh wanita terbuka, lontar peluru lelaki terbuka dan merejam lembing lelaki terbuka. Pingat gangsa pula disumbangkan melalui lempar cakera lelaki terbuka dan lontar peluru wanita veteran.Semoga kontinjen UTHM akan lebih gemilang pada kejohanan yang akan datang di Universiti Malaysia Sarawak 2008.
4 comments:
peghh!!! copy paste..... sejibik sama....tajuk jer lain hehehe
itu namanya lapan dalam senafas. menghirup satu udara yang sama dan teknik serta pengalaman yang sama dan jitu.
mmg u all hebat...
TERIMA KASIH untuk pujian dan tanpa sokongan anda semua siapalah kami.
Post a Comment